Showing posts with label Cinta Untuk Amelia. Show all posts
Showing posts with label Cinta Untuk Amelia. Show all posts

Cinta Untuk Amelia - Ep 2


“Maaf encik, tiada pesanan atas nama Mr Azli,” kata pekerja di kaunter kek. Mustahil.

“Boleh you check sekali lagi?” Pinta Azli. Pekerja tadi terus menuju ke belakang kaunter dan menarik fail pesanan. Setiap helaian pesanan diperiksa teliti bagi memuaskan hati pelanggannya. Seketika kemudian, seorang lelaki mendekati pekerja terbabit. Mereka berbincang seketika kemudian lelaki tadi mendekatinya.

“Mr Azli Nobody?” Tanya lelaki tersebut. Tag namanya tercatat Jamal – Supervisor.

“Sorry?” Azli terkejut.

“Mr Azli Nobody? Our regular customer, Moist Chocolate cake on every 3rd December, “ kata Jamal. Azli tahu reaksinya agak keterlaluan. Tapi mana si Jamal ni tahu nicknamenya?

Yes,”

What can I do for your sir?” Aik, Jamal ni.

No, I just wonder if there any cakes ordered for me?” Dia tidak malu lagi. Mungkin kek sudah di beli tetapi staff kedai ni lupa untuk call dia.

Sorry Mr Azli, not this year. I Jamal, supervisor disini. I pun pelik sebab dia tak datang tahun ni. Biasanya 1st December dia akan datang untuk buat tempahan tapi sehingga hari ni, tak Nampak pun dia malah I cuba call no dia mana la tau dia lupa tapi tak dapat,” terang Jamal. Azli sedikit kecewa. Dia berharap untuk berjumpa gadis tersebut untuk kali pertama dalam lima tahun ini.

Even birthday dia tahun ni pun dia tak datang,” tambah Jamal lagi.

“Dia selalu datang sini ke?” Rapatkah hubungan dia dengan Jamal?

“Boleh dikatakan selalu juga la. Sekejap,” Jamal menuju ke arah bilik pekerja. Seketika kemudian dia datang dengan sebuah album. Jamal menyelak beberapa helaian album tersebut dan berhenti di helaian ke empat. Dia mengeluarkan beberapa keping gambar untuk Azli.

Azli melihat gambar-gambar terbabit. Ya, inilah dia. Tapi kenapa Jamal banyak meyimpan gambar gadis ini? Didalam gambar lain kelihatan gadis ini megitu mesra dengan pekerja kedai ini. Dia memandang Jamal, cuba untuk mencari penjelasan.

“I ingat lagi lima tahun lepas, bulan pertama I kerja disini. Dia beli sebiji kek untuk diberikan kepada seseorang. Kemudian dia beli lagi satu slice kek yang sama dan duduk di meja di hadapan tu,” Jamal menunjukkan meja yang dimaksudkan.

“Dia makan kek tu perlahan-lahan. Sesiapa pun yang tengok dia pasti cemburu melihat dia. Hanya dengan sepotong kek dan segelas Ice chocolate, dia menikmatinya dengan penuh kesungguhan. Dia senyum setiap kali menyuap kek ke mulutnya,” Jamal mengeluarkan sekeping gambar dan menunjukkannya kepada Azli.

Azli terpegun melihat gambar yang dihulurkan oleh Jamal. Wajah yang dirinduinya. Walaupun jauh pandangan yang dilontarkan namun kegembiraan serta senyumannya yang ikhlas terpancar. Hati siapa yang tidak tertawan. Azli tidak mampu untuk berbicara. Matanya cuba menangkap setiap setiap imej yang diberi oleh Jamal.

“Dia pesan, jika kek yang di belinya tidak di ambil dalam tiga hari, call nombor yang dia tinggalkan. Jika orang tu tak nak ambil, baru call dia,” sambung Jamal. Ya, dia masih ingat.

Hi Mr Anonymous. It’s me-again. Tmrw is Mr Azli’s b’day. I bought him a cake. Can u tell him to pick it up at Secret Recipe The Curve? Or may be u can do it on his behalf and celebr8 with him for me?Tell him I wish him all the best. Thanks-Amy’ dia masih lagi menyimpan sms dari tahun lepas. Gadis itu sedikit pun tidak tahu itu adalah nombornya bukan nombor kawannya seperti yang diberitahu kepada gadis itu.

“Gambar ni di ambil pada harijadinya tahun yang berikutnya. Dia datang dan beli sebiji kek, dia duduk di meja yang sama. Pada mulanya I pelik sebab dia dah lama duduk kat meja tu so I Tanya dia. Rupanya tiada yang nak sambut harijadinya so kami staff kat sini yang raikan. Dan ia berterusan sehingga tahun lepas,” Kasihan Amelia, begitu sunyikah Amelia? Dia meraikan harijadi orang lain tetapi harijadi sendiri, dia kesunyian malah menyambutnya dengan orang yang tak dikenali.

“Mana gambar tahun ni punya birthday?” Tanya Azli. Dia mencari-cari di bawah timbunan gambar yang di atas meja.

“Itu harijadinya yang terakhir bersama kami,” walaupun perlahan tapi keluhan Jamal masih kedengaran. Terdapat sedikit kekesalan pada wajah lelaki tersebut. “Dia kelakar dan memang seorang kawan yang baik. Dia selalu datang melawat kami kat sini dan kami dah jadi kawan yang rapat. Kami semua rindukan dia,” Jamal melontarkan pandangannya jauh ke dalam bangunan Ikea.

Azli mencari kekuatan untuk bercakap. Amelia tiba-tiba menghilang tanpa dapat dijejaki. Kata-kata Jamal yang seterusnya tidak mampu lagi menangkap perhatiannya. Dia perlu mencari Amelia. Dia bangun dan berjalan ke arah keretanya. Dia mendail no di handphonenya. Kini hanya seorang sahaja yang dapat membantunya.

“Joe, aku perlukan bantuan kau,”

Cinta untuk Amelia - Ep 1

Pintu pejabatnya diketuk beberapa kali. Kemudian Faezah masuk membawa sejambak bunga mawar merah yang digubah didalam bakul rotan. Faezah tercari-cari ruang yang sesuai untuk meletakkan jambangan bunga tersebut memandangkan hampir kesemua ruang kosong tersebut telah di isi dengan hadiah-hadiah serta jambangan bunga yang lain. Tetapi sedikit pun tidak menarik minat majikannya untuk melihat hadiah yang diterimanya.

“Bunga dari Eric, Happy Birthday Encik Azli,” Faezah melihat reaksi majikannya yang dingin. Entah angin apa yang menyelubungi lelaki tersebut. Takkan la harijadi sendiri pun nak bermasam muka.

“Thanks Faezah. You boleh keluar,” mata Azli masih lagi memandang nombor-nombor yang tercatat di dalam fail ditangannya. Faezah hanya mengangguk dan menyusun langkah keluar,

“Faezah,” Panggil Azli. Patutkah dia tanyakan pada Faezah atau membiarkan sahaja hal ini? Tapi hari ini hari lahirnya dan dia memang menunggu kedatangan hari ini.

“Ya, Encik Azli,” Faezah memandang lelaki di hadapannya. Lelaki tersebut masih lagi menyelak helaian kertas dari fail yang sama.

“Ada panggilan dari dari kedai kek?” Azli mengalihkan pandangan matanya ke arah Faezah. Mungkin setiausahanya terkejut mendengar soalannya memandangkan terdapat kerutan pada dahi perempuan tersebut.

“Kedai kek? Belum ada lagi. You order kek dari kedai mana? Nanti I call kedai tu,” Faezah sendiri terasa pelik. Sebelum ini majikannya sedikit pun tidak peduli mengenai sambutan hari jadinya apatah lagi membeli kek. Mungkin malam ini majikannya ada rancangan sendiri? Hatinya tersenyum. ‘Takkan la workaholic cam dia ada girlfriend?’ gumam hatinya.

Never mind. You boleh keluar,” Azli melontarkan pandangan ke luar tingkap. Cuaca hari ini agak cerah seolah-olah merestui segala perkara yang akan berlaku. Trafik di jalan besar agak perlahan, mungkin kerana waktu makan tengah hari. Dia mengambil handphonenya dari laci. Tiada sms.

‘Takkan dia lupa? Benda ni dah jadi rutin hidupnya sejak empat tahun lalu jadi mustahil dia dah lupa,’ hatinya bertanya kepada diri sendiri. Atau dia sudah penat melakukan perkara yang sama tanpa ada sebarang keuntungan pada dirinya sendiri? Tak. Mungkin dia cuma sibuk menguruskan kehidupannya sendiri.

Dia bangun dan terus mencapai kot dari coat hanger. Dia tidak mahu persoalan mengenai gadis itu mengganggu urusan hariannya. Dia perlu berjumpa gadis tersebut. Sudah empat tahun dan kali ini dia mahu bersekemuka dengan gadis tersebut.

“Faezah, I nak keluar. Tolong ambil mesej dan kalau penting, call I. I mungkin tak masuk petang ni,” dia akan menunggu sehingga malam jika perlu asalkan dia dapat apa yang dia nak.