Juarakah Anda Jika Begitu? part 3

Suara Rosman memenuhi ruang. Penonton terpesona dengan lenggok suara yang merdu, bagaikan mendayu dari hati yang di penuhi perasaan cinta. Peserta gadis tiga serangkai tadi menghampiri pentas dan mengambil gambar Rosman menyanyi. Menyirap darah cemburu Emma. Rosman memusingkan badan menghadapi gerai nasi kerabu, menujukan lagu terus ke hati Emma. Emma tersenyum bangga, sambil menjeling tajam ke arah gadis tiga serangkai.

Tiba-tiba, seorang wanita ber arbaya hitam dan memakai hijab, berjalan tenang menaiki pentas dengan sekuntum bunga di tangan. Rosman menerima bunga. Wanita itu bediri di sebelah Rosman, membuka hijabnya. Seorang anak lelaki berusia belasan tahun di bawah pentas menghala kan camera ke arah mereka. Penonton memberi sorakan.
"Tahniah, abang sudah pun menjadi juara!" bisik wanita itu, kembali menutupi mukanya dengan hijab dan menuruni pentas.

Anak lelaki di bawah pentas menjerit, "Ayah, I am here! We are here to support you!" Dia kemudiannya mengikuti wanita ber arbaya hitam kembali ke meja di sudut laman Consulate.
Di situ, ada seorang wanita tua di kerusi roda bersama dua lagi lelaki, kedua-duanya adik ipar Dr Rosman.

Penonton tergamam apabila Rosman bergegas menuruni pentas, masih memegang microphone di tangan. Semua mata menumpu ke meja di sudut laman. Di gerai nasi kerabu, Emma terduduk di kerusi. Mukanya pucat. Rosman mencium dahi wanita tua di kerusi roda. Airmata seorang juara bercucuran.

Pengacara majlis menggunakan microphone kedua mengumumkan, "Kita sambungkan rancangan dengan cabutan bertuah! Pastikan anda di antara orang2 yang bertuah malam ini!"

Anak lelaki memeluk seorang ayah yang begitu di rinduinya. Zulaika bersama dua adik lelakinya beredar keluar dari laman consulate.

Rosman memeluk anaknya Faiz. Kedua anak dan ayah menahan sendu namun air mata kerinduan melepasi benteng kegagahan seorang lelaki. Ibu tua memerhati, mengesat airmata dengan jari jemari berkedut.

Penonton berhampiran tumpang menghayati walaupun tidak memahami. Keseluruhannya membisu seribu bahasa, dan ramai yang mengesat airmata. Ada juga yang mencuri pandang kepada wanita bernama Emma yang tadinya begitu ceria di gerai nasi kerabu.

Di luar kawasan Consulate Zulaika tersandar di pagar, badannya menggigil dengan tangisan. Kedua adik lelaki memerhati, memahami.

Juarakah Anda Jika Begitu? part 2

Azan Asar berkumandang dari Mesjid berdekatan. Emma membawa secawan teh panas limau, menyedarkan Rosman dari lamunan panjang.

"Good for your voice. I want you to win tonight! Jika abang menang, Emma akan berikan hadiah special kepada abang!"

"Kita solat Asar dan boleh lah bersiap untuk terus ke Consulate!" Kata Rosman.

"Tak awal sangat kah bang?" Tanya Emma. Setahunya upacara pertandingan Irama Malaysia bermula selepas Isya.

"Kita pergi awal, abang nak test system suara dulu!" Kata Rosman, penuh bersemangat.

Mereka tiba di Consulate hampir waktu Maghrib. Laman consulate sudah di penuhi dengan peniaga-peniaga gerai makanan dan minuman. Seronok juga Emma bertemu dengan kawan baiknya Karmila yang berniaga nasi kerabu dan laksam. Setelah meminta izin dari Rosman, dia bersama Karmila membantu. Tak henti-henti mereka berceloteh sambil menyiapkan gerai.

Rosman terus ke pentas, mencuba microphone dan memastikan sudut terbaik untuk beraksi nanti. Dia juga memastikan di mana letaknya meja para juri. "Penting, untuk mengadakan 'eye-contact' dengan juri-juri pertandingan!" Salah satu tips yang telah di pesan oleh kawannya, yang juga merupakan salah seorang juri pada malam tersebut.

Sementara menunggu waktu solat Isya, Rosman mencari sudut terpencil di belakang bangunan consulate. Entah kenapa, hati nya tiba-tiba teringatkan isteri nya Zulaika dan anak mereka Faiz.

"Tentunya Faiz akan begitu bangga melihat bapa nya memenangi pertandingan menyanyi!" Hati Rosman berkata-kata sendiri. Sambung hatinya lagi, "Zu seperti biasa akan melambai-lambai dari jauh memberi sokongan!"

Hatinya sebak tiba-tiba. Sudah hampir setahun dia bekerja di Jeddah, baru sekali dia pulang menjenguk isteri, anak, dan ibunya yang semakin uzur. Panggilan telefon pun semakin berkurangan. Jika dulu sekali sehari, sekarang hanya sekali seminggu. Itu pun ada kalanya, terlupa dan di ingatkan oleh Emma supaya tidak terlalu mengabaikan keluarga nya di kampung.

"Sibuk sangatkah kerja abang sekarang?" Tanya Zulaika di telefon minggu lepas.

"Semakin sibuk, terlalu ramai pula pesakit sejak Jeddah di landa banjir dulu!" Rosman sudah menggunakan alasan banjir sejak empat bulan dulu!

"Faiz selalu bertanya pasal abang. Mak pun kadang2 menangis sendirian apabila dia terpandang gambar abang!" Kata Zulaika. Suaranya perlahan, tersekat-sekat.

"Apa kata, tamat tahun ni, abang balek jer kerja di Malaysia. Walaupun gaji kecil, mencukupilah, Zu tak pandang pun harta asalkan kita dapat bersama kembali!" Sambung Zulaika. Dari getaran suaranya, Rosman tahu Zulaika cuba menyembunyikan tangisan.

Rosman mengeluarkan sebatang rokok dan memasang api. Dia bukan perokok, tetapi setiap kali dia 'stress' atau apabila fikirannya terganggu, dia mencari rokok! Dia menyambung lamunan, mengingati kembali perbualan dengan Zulaika sebelum dia bertolak ke Jeddah hampir setahun dahulu.

"Elok juga abang pergi seorang dulu, Zu tinggal di Malaysia sehingga Faiz selesai peperiksaan SPM!" Begitulah Zulaika memberi cadangan.

"Jika Zu okey, abang ikut saja!" Jawap Dr Rosman. Sayu juga hatinya memikirkan isteri yang akan di tinggalkan walaupun Faiz, anak tunggal mereka dan ibunya sendiri tinggal bersama.

"Lagi pun mak juga kurang sihat. Kesian juga nak tinggalkan dia sendirian!" Tambah Zulaika, sambil memerhati daun pintu bilik ibu mertuanya yang tertutup.

"Begitulah pengorbanan isteri! Tapi aku juga berkorban, bekerja kuat untuk membolehkan mereka menerima wang setiap bulan lebih mewah dari seorang menteri!" Rosman memujuk hati sendiri. Dia membuang putung rokok, dan memijak dengan kasut memadamkan api.

"No time to layan such thoughts! Malam ini aku nak menang!" bentak hati Rosman.

Pertandingan bermula tepat jam 8.45 malam setelah selesai solat Isya. Rosman merupakan peserta ke lima dari sebelas perserta. Peserta pertama datang khas dari Tabuk, menyanyikan lagu 'Wajah kesayangan hamba' yang pernah di popularkan oleh Hail Amir. Rosman suka lagu itu, namun tersenyum sinis dengan nyanyian yang 'out of tune!' Peserta kedua juga tidak cukup mantap. Kemudian peserta dari Al Lith di panggil ke pentas. Dengan membawa lagu bertajuk, 'Aku' nyanyian peserta ini begitu baik sekali. Berdebar dada Rosman. Panik! Tiba-tiba ramai yang kehadapan pentas mengambil gambar. Peserta seterusnya ialah rangkaian tiga gadis. Cantik-cantik semuanya. Rosman meninjau kawasan mencari isterinya Emma. Dia tersenyum puas melihat Emma kelihatan begitu gembira membantu rakannya berniaga.

Peserta tiga gadis mendapat tepukan gemuruh dari penonton. Rosman semakin gugup. Kemudiannya, pengacara majlis mengumumkan, "Peserta seterusnya tidak lain dan tidak bukan, our very own singing doktor....tuan2 dan puan2, tepukan untuk Dr Rosman menyanyikan lagu 'Sampai Syurga' yang di popularkan oleh Faizal Tahir!"

Penonton memberi tepukan. Ramai yang menumpu perhatian ingin melihat wajah 'the singing doctor!'

"I dedicate this song to my wife Normala Emma" Rosman berkata sambil menunjukkan ke arah isterinya di gerai nasi kerabu! Emma tersipu-sipu, namun bangga!

Juarakah Anda Jika Begitu?

Sudah seminggu Dr. Rosman berpantang makan dan minum. Dia berpesan kepada isterinya Emma untuk menyediakan makanan yang tidak pedas dan hanya menyediakan air suam.

"Kali ini I nak menang!" Katanya setelah berpuas hati dengan lagu pilihannya.

"Abang pilih lagu tadi tu ka! Sedap lagu tu bang!" Emma memberi galakan.

"Aha, lagu itu, pilihan istimewa untuk you!" Rosman menjeling ke arah isterinya. Balasan senyuman dari Emma berpaut di hati Rosman, mengingatkan kembali waktu mereka mula bertemu lapan bulan dulu. Waktu itu dia baru berpindah ke Jeddah memulakan tugas di salah sebuah hospital swasta di sini. Isterinya ketika itu, Zulaika tidak mengikut sama. Setelah empat bulan berjauhan, hati yang rindukan isteri mula berbunga dengan warna-warna cinta terhadap seorang air stewardess muda dan jelita yang juga baru datang bertugas di Jeddah.

Dari pandangan pertama di dalam penerbangan, hati sudah berbunga-bunga. Senyuman perkenalan membawa kepada bibit-bibit persahabatan. Pertama kali mereka bertemu ialah di majlis makan malam di Laman Consulate Malaysia di Jeddah. Mereka datang bersama. Duduk semeja. Meja pilihan mereka di sudut tepi, bersama tiga orang lagi jururawat merupakan kawan-kawan sekerja Emma. Sewaktu menghantar pulang, Rosman mengucup bibir Emma. Kucupan berbalas. Keduanya, berpisah dengan senyuman di bibir dan impian di hati.

Percintaan mereka bagai api membara di hutan gersang di perantauan. Walau di tanah Arab sekali pun syaitan tetap memburu manusia yang tidak dapat membendung nafsu. Tiupan angin membakar naluri lelaki yang sudah beberapa bulan tidak bersama wanita bernama isteri. Emma pula bagaikan terpesona dengan perhatian dan belaian kata-kata yang di berikan oleh seorang doktor. Bagaimana kebal sekali pun benteng, jika di goda, terkulai juga sekiranya tidak berbekalkan keimanan di dada.
Pagi itu, mereka bersama. Hubungan wanita dan lelaki yang di haramkan berlaku tanpa gurau senda dan tidak juga dengan mukadimah kata-kata cinta uda dan dara. Sebaik saja pintu bilik apartment sewaan Dr Rosman tertutup rapat, mereka bagaikan dua haiwan kelaparan. Bercakaran, bergigitan, bercengkaman, hanyut di pukul gelombang asrama hasutan syaitan.

Dua bulan kemudian, mereka bertemu lagi, tetapi di dalam suasana jauh berbedza.

"I am pregnant!" begitulah kata Emma. Airmata mengalir ke pipinya. Dia memerhati wajah Dr Rosman, mencari jawapan.

Rosman tahu, jawapannya hanya satu. Namun dia cuba menduga sekiranya ada pilihan selain itu. Lantas terkeluar soalan, "Abortion?"

Mendengar saja soalan itu, Emma menerpa mencapai beg tangan nya dan meluru ke pintu. Rosman terkejut dengan tindakan itu, dan sebenarnya dia sendiri menyesal kerana bertanya. Dia menghalang Emma di pintu. Dia memeluk Emma yang sudah menangis teresak-esak. Di dalam sendu, Emma bersuara, "Tak perlu membunuh nyawa di dalam kandungan saya. Saya akan jaga dia!"

Rosman memujuk. Detik hati sejak pertama kali mendengar berita ahirnya di suarakan dengan redha dan ihlas.

"Saya memang sayang dan cintakan kamu. Sudikah kamu menjadi isteri kedua saya!"

Seharian mereka tidak meninggalkan bilik. Setelah dua hati se iya se kata, mereka mengulangi lagi hubungan yang seharusnya boleh di tunda. Kali ini, alunannya perlahan umpama kapal berlabuh di tepian pantai.

Dua hari selepas itu, mereka di ijab kabulkan sebagai suami isteri. Rosman membawa Emma ke Mekah. Di depan Kaabah mereka bertaubat nasuha, berjanji dengan Tuhan untuk tidak mengulangi lagi perkara yang mungkar. Bergegar badan Normala Emma ketika menadah tangan berdoa.

Seminggu setelah pulang dari Mekah, Emma keguguran! Begitulah takdir, bayi yang bermulanya di dalam suasana keghairahan dan sorakan kemenangan syaitan berahir sebelum lahir ke dunia.

"Kita redha lah! Allah lebih mengetahui!" Pujuk Rosman sambil menatap wajah Emma yang terbaring di katil hospital.