Juarakah Anda Jika Begitu?

Sudah seminggu Dr. Rosman berpantang makan dan minum. Dia berpesan kepada isterinya Emma untuk menyediakan makanan yang tidak pedas dan hanya menyediakan air suam.

"Kali ini I nak menang!" Katanya setelah berpuas hati dengan lagu pilihannya.

"Abang pilih lagu tadi tu ka! Sedap lagu tu bang!" Emma memberi galakan.

"Aha, lagu itu, pilihan istimewa untuk you!" Rosman menjeling ke arah isterinya. Balasan senyuman dari Emma berpaut di hati Rosman, mengingatkan kembali waktu mereka mula bertemu lapan bulan dulu. Waktu itu dia baru berpindah ke Jeddah memulakan tugas di salah sebuah hospital swasta di sini. Isterinya ketika itu, Zulaika tidak mengikut sama. Setelah empat bulan berjauhan, hati yang rindukan isteri mula berbunga dengan warna-warna cinta terhadap seorang air stewardess muda dan jelita yang juga baru datang bertugas di Jeddah.

Dari pandangan pertama di dalam penerbangan, hati sudah berbunga-bunga. Senyuman perkenalan membawa kepada bibit-bibit persahabatan. Pertama kali mereka bertemu ialah di majlis makan malam di Laman Consulate Malaysia di Jeddah. Mereka datang bersama. Duduk semeja. Meja pilihan mereka di sudut tepi, bersama tiga orang lagi jururawat merupakan kawan-kawan sekerja Emma. Sewaktu menghantar pulang, Rosman mengucup bibir Emma. Kucupan berbalas. Keduanya, berpisah dengan senyuman di bibir dan impian di hati.

Percintaan mereka bagai api membara di hutan gersang di perantauan. Walau di tanah Arab sekali pun syaitan tetap memburu manusia yang tidak dapat membendung nafsu. Tiupan angin membakar naluri lelaki yang sudah beberapa bulan tidak bersama wanita bernama isteri. Emma pula bagaikan terpesona dengan perhatian dan belaian kata-kata yang di berikan oleh seorang doktor. Bagaimana kebal sekali pun benteng, jika di goda, terkulai juga sekiranya tidak berbekalkan keimanan di dada.
Pagi itu, mereka bersama. Hubungan wanita dan lelaki yang di haramkan berlaku tanpa gurau senda dan tidak juga dengan mukadimah kata-kata cinta uda dan dara. Sebaik saja pintu bilik apartment sewaan Dr Rosman tertutup rapat, mereka bagaikan dua haiwan kelaparan. Bercakaran, bergigitan, bercengkaman, hanyut di pukul gelombang asrama hasutan syaitan.

Dua bulan kemudian, mereka bertemu lagi, tetapi di dalam suasana jauh berbedza.

"I am pregnant!" begitulah kata Emma. Airmata mengalir ke pipinya. Dia memerhati wajah Dr Rosman, mencari jawapan.

Rosman tahu, jawapannya hanya satu. Namun dia cuba menduga sekiranya ada pilihan selain itu. Lantas terkeluar soalan, "Abortion?"

Mendengar saja soalan itu, Emma menerpa mencapai beg tangan nya dan meluru ke pintu. Rosman terkejut dengan tindakan itu, dan sebenarnya dia sendiri menyesal kerana bertanya. Dia menghalang Emma di pintu. Dia memeluk Emma yang sudah menangis teresak-esak. Di dalam sendu, Emma bersuara, "Tak perlu membunuh nyawa di dalam kandungan saya. Saya akan jaga dia!"

Rosman memujuk. Detik hati sejak pertama kali mendengar berita ahirnya di suarakan dengan redha dan ihlas.

"Saya memang sayang dan cintakan kamu. Sudikah kamu menjadi isteri kedua saya!"

Seharian mereka tidak meninggalkan bilik. Setelah dua hati se iya se kata, mereka mengulangi lagi hubungan yang seharusnya boleh di tunda. Kali ini, alunannya perlahan umpama kapal berlabuh di tepian pantai.

Dua hari selepas itu, mereka di ijab kabulkan sebagai suami isteri. Rosman membawa Emma ke Mekah. Di depan Kaabah mereka bertaubat nasuha, berjanji dengan Tuhan untuk tidak mengulangi lagi perkara yang mungkar. Bergegar badan Normala Emma ketika menadah tangan berdoa.

Seminggu setelah pulang dari Mekah, Emma keguguran! Begitulah takdir, bayi yang bermulanya di dalam suasana keghairahan dan sorakan kemenangan syaitan berahir sebelum lahir ke dunia.

"Kita redha lah! Allah lebih mengetahui!" Pujuk Rosman sambil menatap wajah Emma yang terbaring di katil hospital.

No comments:

Post a Comment