Juarakah Anda Jika Begitu? part 2

Azan Asar berkumandang dari Mesjid berdekatan. Emma membawa secawan teh panas limau, menyedarkan Rosman dari lamunan panjang.

"Good for your voice. I want you to win tonight! Jika abang menang, Emma akan berikan hadiah special kepada abang!"

"Kita solat Asar dan boleh lah bersiap untuk terus ke Consulate!" Kata Rosman.

"Tak awal sangat kah bang?" Tanya Emma. Setahunya upacara pertandingan Irama Malaysia bermula selepas Isya.

"Kita pergi awal, abang nak test system suara dulu!" Kata Rosman, penuh bersemangat.

Mereka tiba di Consulate hampir waktu Maghrib. Laman consulate sudah di penuhi dengan peniaga-peniaga gerai makanan dan minuman. Seronok juga Emma bertemu dengan kawan baiknya Karmila yang berniaga nasi kerabu dan laksam. Setelah meminta izin dari Rosman, dia bersama Karmila membantu. Tak henti-henti mereka berceloteh sambil menyiapkan gerai.

Rosman terus ke pentas, mencuba microphone dan memastikan sudut terbaik untuk beraksi nanti. Dia juga memastikan di mana letaknya meja para juri. "Penting, untuk mengadakan 'eye-contact' dengan juri-juri pertandingan!" Salah satu tips yang telah di pesan oleh kawannya, yang juga merupakan salah seorang juri pada malam tersebut.

Sementara menunggu waktu solat Isya, Rosman mencari sudut terpencil di belakang bangunan consulate. Entah kenapa, hati nya tiba-tiba teringatkan isteri nya Zulaika dan anak mereka Faiz.

"Tentunya Faiz akan begitu bangga melihat bapa nya memenangi pertandingan menyanyi!" Hati Rosman berkata-kata sendiri. Sambung hatinya lagi, "Zu seperti biasa akan melambai-lambai dari jauh memberi sokongan!"

Hatinya sebak tiba-tiba. Sudah hampir setahun dia bekerja di Jeddah, baru sekali dia pulang menjenguk isteri, anak, dan ibunya yang semakin uzur. Panggilan telefon pun semakin berkurangan. Jika dulu sekali sehari, sekarang hanya sekali seminggu. Itu pun ada kalanya, terlupa dan di ingatkan oleh Emma supaya tidak terlalu mengabaikan keluarga nya di kampung.

"Sibuk sangatkah kerja abang sekarang?" Tanya Zulaika di telefon minggu lepas.

"Semakin sibuk, terlalu ramai pula pesakit sejak Jeddah di landa banjir dulu!" Rosman sudah menggunakan alasan banjir sejak empat bulan dulu!

"Faiz selalu bertanya pasal abang. Mak pun kadang2 menangis sendirian apabila dia terpandang gambar abang!" Kata Zulaika. Suaranya perlahan, tersekat-sekat.

"Apa kata, tamat tahun ni, abang balek jer kerja di Malaysia. Walaupun gaji kecil, mencukupilah, Zu tak pandang pun harta asalkan kita dapat bersama kembali!" Sambung Zulaika. Dari getaran suaranya, Rosman tahu Zulaika cuba menyembunyikan tangisan.

Rosman mengeluarkan sebatang rokok dan memasang api. Dia bukan perokok, tetapi setiap kali dia 'stress' atau apabila fikirannya terganggu, dia mencari rokok! Dia menyambung lamunan, mengingati kembali perbualan dengan Zulaika sebelum dia bertolak ke Jeddah hampir setahun dahulu.

"Elok juga abang pergi seorang dulu, Zu tinggal di Malaysia sehingga Faiz selesai peperiksaan SPM!" Begitulah Zulaika memberi cadangan.

"Jika Zu okey, abang ikut saja!" Jawap Dr Rosman. Sayu juga hatinya memikirkan isteri yang akan di tinggalkan walaupun Faiz, anak tunggal mereka dan ibunya sendiri tinggal bersama.

"Lagi pun mak juga kurang sihat. Kesian juga nak tinggalkan dia sendirian!" Tambah Zulaika, sambil memerhati daun pintu bilik ibu mertuanya yang tertutup.

"Begitulah pengorbanan isteri! Tapi aku juga berkorban, bekerja kuat untuk membolehkan mereka menerima wang setiap bulan lebih mewah dari seorang menteri!" Rosman memujuk hati sendiri. Dia membuang putung rokok, dan memijak dengan kasut memadamkan api.

"No time to layan such thoughts! Malam ini aku nak menang!" bentak hati Rosman.

Pertandingan bermula tepat jam 8.45 malam setelah selesai solat Isya. Rosman merupakan peserta ke lima dari sebelas perserta. Peserta pertama datang khas dari Tabuk, menyanyikan lagu 'Wajah kesayangan hamba' yang pernah di popularkan oleh Hail Amir. Rosman suka lagu itu, namun tersenyum sinis dengan nyanyian yang 'out of tune!' Peserta kedua juga tidak cukup mantap. Kemudian peserta dari Al Lith di panggil ke pentas. Dengan membawa lagu bertajuk, 'Aku' nyanyian peserta ini begitu baik sekali. Berdebar dada Rosman. Panik! Tiba-tiba ramai yang kehadapan pentas mengambil gambar. Peserta seterusnya ialah rangkaian tiga gadis. Cantik-cantik semuanya. Rosman meninjau kawasan mencari isterinya Emma. Dia tersenyum puas melihat Emma kelihatan begitu gembira membantu rakannya berniaga.

Peserta tiga gadis mendapat tepukan gemuruh dari penonton. Rosman semakin gugup. Kemudiannya, pengacara majlis mengumumkan, "Peserta seterusnya tidak lain dan tidak bukan, our very own singing doktor....tuan2 dan puan2, tepukan untuk Dr Rosman menyanyikan lagu 'Sampai Syurga' yang di popularkan oleh Faizal Tahir!"

Penonton memberi tepukan. Ramai yang menumpu perhatian ingin melihat wajah 'the singing doctor!'

"I dedicate this song to my wife Normala Emma" Rosman berkata sambil menunjukkan ke arah isterinya di gerai nasi kerabu! Emma tersipu-sipu, namun bangga!

No comments:

Post a Comment